suria

Bekas Atlet Olimpik Negara Meninggal Dunia

MELAKA: Bekas atlet Olimpik negara, Mohamed Abdul Rahman meninggal dunia di Hospital Melaka awal pagi ini akibat pendarahan otak selepas diserang tekanan darah tinggi.

Mohamed, 75, yang pernah mewakili negara dalam acara olahraga 400 meter dan 800 meter di Sukan Olimpik Mexico pada 1968 meninggal dunia pada pukul 1.05 pagi Isnin.

Anak perempuan Allahyarham, Norizan, 35, berkata, ayahnya diserang tekanan darah tinggi kira-kira 7.30 pagi semalam di rumahnya di Taman Desa Damai dekat Cheng di sini dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Melaka setelah tidak sedarkan diri.

"Ini terjadi secara mengejut dan pantas kerana sebelum ini arwah ayah tidak mempunyai sebarang tanda masalah kesihatan serius," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Jenazah Mohamed dikebumikan di Tanah Perkuburan Peringgit di sini pagi tadi.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Olahraga Amatur Melaka, P. Rengan berkata pemergian Mohamed merupakan satu kehilangan besar kepada sukan negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain