T-Team Tagih Zacharia Pamer Aksi Terbaik - Sukan | mStar

T-Team Tagih Zacharia Pamer Aksi Terbaik

KUALA TERENGGANU: Pengendali pasukan T-Team, Yunus Alif terus menagih persembahan terbaik daripada pemain importnya Zacharia Simikounda.

Yunus berkata beliau akan bersemuka dengan pemain kelahiran Zambia itu untuk mengetahui punca prestasi permainan kurang menyerlah dan tidak mencapai mutu permainan sebagaimana yang diharapkan.

"Saya akan memanggil pemain itu bagi mengetahui perkara sebenar dan akan membuat keputusan untuk mengekalkan pemain tersebut atau sebaliknya untuk perlawanan seterusnya.

"Kita mahu lihat Zacharia yang juga bekas pemain Perlis menunjukkan permainan terbaik dan seterusnya membantu T-Team memungut tiga mata penuh dalam perlawanan setiap perlawanan dan bukannya aksi 'ala yoyo'," katanya.

Pada perlawanan hambar malam tadi pasukan T-Team sekadar terikat 0-0 ketika melayan kunjungan Sabah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,di sini.

Yunus turut meminta semua pemainnya mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan menentang Terengganu pada Sabtu ini untuk memastikan T-Team terus kekal sebagai pendahulu liga.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Derita si janda muda