suria

City Lebarkan Mata Dengan Kemenangan 1-0 Ke Atas Wigan

LONDON: Manchester City terus mengekalkan kedudukan kukuh mereka dalam liga selepas menumpaskan Wigan 1-0 hasil jaringan Edin Dzeko pada minit ke-22.

Ini adalah gol Dzeko yang pertama dalam tempoh dua bulan dan ia ternyata mengembirakan Roberto Mancini.

Mereka kini tiga mata di hadapan Manchester United.

Bagaimanapun City akan berhadapan dengan cabaran sukar Ahad ini apabila mereka berhadapan dengan Tottenham Hotspur yang kini menduduki tangga ketiga liga.

Wigan yang hanya mampu mengutip 18 gol dalam 21 perlawanan liga dan satu kemenangan di tempat sendiri kini semakin tertekan untuk terus kekal di liga perdana.

Dengan kemenangan ini, City mengutip 51 mata iaitu tiga mata lebih dari United yang mengumpul 48 mata.

United pula kini hanya dua mata di hadapan Spurs.

Spurs sebenarnya berpeluang untuk berkongsi mata dengan United hujung minggu lalu tetapi keputusan seri 1-1 dengan Wolves telah membantut hasrat tersebut.

Wigan kekal tercorot di tangga terbawah liga dengan 15 mata.

BERIKUT ADALAH FAKTA PERLAWANAN:

Wigan Athletic: Ali Al-Habsi, Maynor Figueroa, Gary Caldwell, Ronnie Stam, Antolin Alcaraz, Jordi Gómez (Callum McManaman, 81), Albert Crusat (Franco Di Santo, 68), Victor Moses, James McCarthy, James McArthur (Ben Watson, 68), Hugo Rodallega. Manchester City: Joe Hart, Stefan Savic, Joleon Lescott, Gaël Clichy, Pablo Zabaleta, James Milner, Samir Nasri (Nigel de Jong, 74), David Silva (Nedum Onuoha, 81), Gareth Barry, Edin Dzeko, Sergio Agüero (Adam Johnson, 91).

Pengadil: Martin Atkinson

Stadium: DW Stadium, Wigan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain