suria

Sultan Terengganu Ketuai Kejohanan Kuda Lasak

SETIU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu mengetuai Kejohanan Kuda Lasak anjuran Kelab Ekuestrian Al-Kathiri yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong di sini.

Anakanda baginda, Tengku Fatimatuz Zahrah dan adinda baginda Datuk Seri Tengku Temenggong Tengku Baharunddin Shah Tengku Mahmud turut serta bersama baginda dalam perlumbaan kategori 40 kilometer itu.

Kejohanan dalam dua kategori iaitu 40 kilometer melibatkan seramai 51 peserta manakala bagi 80 kilometer disertai 15 peserta dari kelab-kelab yang bergabung dengan Equestrian Assosiation Of Malaysian (EAM).

Presiden Ground Juri Al-Kathiri Endurance Fuad Mahmud berkata bagi acara 80 kilometer ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu junior yang disertai seramai enam peserta manakala senior melibatkan sembilan peserta.

Katanya pertandingan yang menjadi kejohanan pembuka tirai untuk 2012, bermula pukul 6.30 pagi ini dan dilepaskan oleh Pengerusi Kelab Ekuestrian Al-Kathiri, Datuk Shaikh Abdul Halim Al-Kathiri.

Fuad berkata antara lain, pertandingan itu diadakan untuk mendapat dan meningkatkan kelayakan peserta pertandingan kejohanan Sukan Malaysia di Pahang Julai depan serta ke pertandingan lain. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain