suria

Wan Zack, Gary Digugurkan Dari Skuad Sukan Sea

PETALING JAYA: Pemergian skuad bola sepak negara ke Sukan Sea sedikit terencat apabila dua tonggak utama, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat terpaksa diketepikan daripada senarai 20 pemain terakhir ke Jakarta, Indonesia.

Wan Zack masih memerlukan dua minggu untuk pulih daripada kecederaan buku lalinya manakala masalah hamstring Gary hanya akan pulih dalam tempoh tiga minggu.

Kekosongan posisi Gary akan digantikan oleh Nazmi Faiz Mansor yang kini bersama skuad negara di Kelayakan Kejuaraan B-19 Asia di Vietnam.

"Saya masih boleh gunakan Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani atau Syahrul Azwari Ibrahim bagi mengisi posisi Wan Zack,” kata jurulatih pasukan B-23 tahun negara, Ong Kim Swee pada sidang media di Petaling Jaya, Rabu.

Senarai 20 pemain itu diumumkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, menyaksikan tujuh pemain terpaksa disisihkan iaitu Wan Zack, Gary, Zamir Selamat, Ab Aziz Ismail, Izuan Salahuddin, K Reuben dan Syazwan Tajuddin.

Selain itu, Baddrol turut diumumkan sebagai kapten pasukan manakala penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sebagai penolongnya, dengan aksi sulung Kumpulan A menyaksikan Malaysia berdepan Singapura, Isnin ini.

SENARAI 20 PEMAIN

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Izham Tarmizi Roslan.

Pertahanan: Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Amer Saidin, Asraruddin Putra Omar, Zubir Azmi.

Tengah: Syahrul Azwari Ibrahim, Yong Kuong Yong, K Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Zakaria.

Penyerang: Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Izzaq Faris Ramlan, A Thamil Arasu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain