suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Presiden FAM Bincang Isu Bola Sepak Dengan Pemimpin Kemboja

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tuanku Ahmad Shah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen di Istana Persahabatan di Phnom Penh.

Menurut kenyataan Jabatan Media FAM, baginda berada di ibu negara Kemboja untuk rangka lawatan kerja selama tiga hari, bermula Khamis.

Turut hadir pada pertemuan selama satu jam itu ialah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Duta Malaysia ke Kemboja Datuk Mohd Hussein Datuk Pangiran Mohd Tahir dan Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad.

Pada pertemuan itu, Sultan Ahmad Shah dan Hun Sen berbincang mengenai berbagai isu terutamanya perkembangan bola sepak di Kemboja, Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Baginda kemudian mengunjungi Raja Kemboja, Putera Norodom Sihamoni di Istana Diraja di Phnom Penh untuk satu pertemuan singkat sebelum berangkat ke satu perjumpaan dengan kepimpinan Persekutuan Bolasepak Kemboja (FFC) di Hotel Raffles Le Royal. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain