suria

Azlan Kandas, Nicol Hampiri Gelaran Ketujuh

Kehebatan Nicol sukar digugat Alison dalam aksi separuh akhir, Sabtu. Foto THE STAR/AZMAN GHANI
Kehebatan Nicol sukar digugat Alison dalam aksi separuh akhir, Sabtu. Foto THE STAR/AZMAN GHANI
Kehebatan Nicol sukar digugat Alison dalam aksi separuh akhir, Sabtu. Foto THE STAR/AZMAN GHANI

KUALA LUMPUR: Persembahan agresif dan keyakinan tinggi di atas gelanggang memastikan tiket ke pusingan final menjadi milik Mohamed El Shorbagy dari Mesir selepas menundukkan pemain negara, Mohd Azlan Iskandar di separuh akhir Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur CIMB 2011, di Berjaya Times Square, Sabtu.

Pertembungan selama 64 minit itu menyaksikan pemain pilihan kedua kejohanan, Shorbagy mencatat kemenangan 8-11, 14-12, 11-7, 11-5.

Selepas memenangi set pertama, Azlan cuba bangkit di set kedua tetapi gagal mengekang kehebatan Shorbagy.

"Saya sangka dapat menewaskannya di set kedua tetapi dia semakin garang. Saya tertekan di set terakhir dan mula keletihan. Saya harap dapat belajar daripada kekalahan hari ini," kata Azlan.

Dalam pusingan final pada Ahad, Shorbagy akan bertemu rakan senegaranya, Karim Darwish yang menewaskan pemain muda Perancis, Gregoire Marche.

"Permainan di set kedua agak sengit. Azlan cuba memenangi permainan itu tetapi saya tidak memberi peluang mudah kepadanya. Saya menarik nafas lega dan tidak sabar untuk beraksi esok (Ahad)," kata pemain pilihan kedua kejohanan itu selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David semakin menghampiri gelaran ketujuhnya pada kejohanan itu selepas mematikan langkah Alison Waters dari England dengan mudah, 11-4, 12-10, 11-5 di separuh akhir.

"Ia bukan perlawanan yang mudah. Set kedua amat genting, saya terpaksa bekerja keras untuk memberi tekanan kepada lawan," kata pemain No.1 dunia itu.

Nicol akan bertemu pemain pilihan ketujuh, Madeline Perry di final pada Ahad.

Perry menewaskan pemain muda Hong Kong, Annie Au 11-4, 5-11, 11-8, 12-10 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung selama 62 minit.

Ketangkasan Perry dilihat memberi kesukaran kepada Annie untuk melakukan pukulan balas meskipun dia cuba memperbaiki permainan di set kedua.

Kemaraan ke separuh akhir merupakan pencapaian terbaik Annie dalam acara WISPA Gold dan kejohanan itu.

Kemaraan sehingga ke pusingan separuh akhir merupakan pencapaian terbaik Annie dalam acara WISPA Gold dan kejohanan itu.

Pusingan final akan bermula dengan kategori lelaki pada jam 3.00 petang, Ahad dan disusuli dengan kategori wanita sebagai penutup acara kejohanan itu untuk edisi tahun ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain