Skuad Boling Wanita Negara Sekadar Raih Gangsa - Sukan | mStar

Skuad Boling Wanita Negara Sekadar Raih Gangsa

PETALING JAYA: Selepas mengungguli acara perseorangan wanita dengan masing-masing meraih pingat emas dan gangsa pada perlawanan pembukaan (Isnin), pasangan negara, Zandra Aziela-Siti Safiyah Amirah sekadar meraih pingat gangsa dengan melakukan 2484 jatuhan pin dalam acara beregu wanita pada Kejohanan Boling Komanwel di Megalanes, Sunway Pyramid, Selasa.

Pasangan Singapura yang diperkuat Geraldine Ng-Shayne Ng memenangi pingat emas dengan melakukan keseluruhan 2544 jatuhan pin manakala pingat perak menjadi milik Hayley White-Nicki Ainge dari England dengan 2509 jatuhan pin.

Akur dengan kehebatan gandingan mantap dari negara jiran dan England, Zandra tetap berpuas hati dengan kombinasinya bersama Safiyah pada Selasa walaupun balingannya di awal permainan tidak menjadi.

"Saya gagal melakukan balingan terbaik hari ini. Saya sudah cuba untuk memperbaiki permainan tetapi saya mengulangi kesilapan sama dalam beberapa game.

"Tidak dinafikan Singapura dan England antara pencabar terdekat kami tetapi kami gembira dengan keputusan itu kerana berjaya menaiki podium untuk meraih pingat gangsa," katanya ketika ditemui pemberita selepas kejohanan.

Menurut Zandra, dia turut berbincang dengan ketua jurulatih Holloway Cheah untuk menukar strategi permainan dan memilih bola yang lebih baik bagi merapatkan jurang mata dengan pasangan dari England yang bermain dengan teruk pada game ketiga dan keempat.

"Saya mula menemui keselesaan pada game kelima dan pemilihan bola baru banyak membantu untuk memperbaiki permainan. Namun segalanya sudah terlambat untuk mengejar lawan. Singapura dan England mempamerkan persembahan menakjubkan hari ini," jelasnya.

Sementara itu, Zandra turut memuji aksi bertenaga Safiyah yang memulakan kempen cemerlang tahun ini selepas dibelenggu penyakit tiroid yang menyebabkan dia terpaksa berehat panjang tahun lalu.

Meskipun sekadar membawa pulang pingat gangsa dalam acara beregu, Safiyah mendapat suntikan semangat untuk tampil lebih garang dalam acara beregu campuran pada Rabu.

"Kami sudah melakukan yang terbaik tetapi saya berharap agar nasib akan menyebelahi kami dalam acara beregu campuran esok (Rabu) walaupun tidak pasti siapa yang akan diturunkan," ujar juara Kejohanan Ranking Masters Dunia Ke-9 di Naples, Itali, dua tahun lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain