24 Pelatih Skuad Olimpik Ikuti Latihan Pusat - Sukan | mStar

24 Pelatih Skuad Olimpik Ikuti Latihan Pusat

PETALING JAYA: Kesemua 24 pelatih skuad bola sepak Olimpik London 2012 hadir untuk menjalani latihan pusat selama seminggu di Wisma FAM di sini sebelum perlawanan kelayakan menentang Pakistan di Stadium Shah Alam pada Rabu depan.

Ketua Jurulatih skuad bola sepak Olimpik Malaysia Ong Kim Swee berkata kesemua pemain cergas dan tiada masalah kecederaan manakala penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat akan melapor diri pada Sabtu selepas perlawanan pasukan Kelantan dan T-Team bagi saingan Piala FA.

Ong menjangkakan semua pemain akan memberikan aksi terbaik mereka dalam perlawanan pusingan kelayakan pertama menentang Pakistan, yang dilangsungkan di hadapan penyokong Malaysia.

"Kami memberi perhatian kepada perlawanan menentang Pakistan minggu depan dan kami tidak boleh mengambil mudah perlawanan ini dan bermain sambil lewa," katanya yang turut berharap para penyokong hadir memberikan sokongan kepada pasukan Malaysia.

Selain 19 pemain daripada pasukan Harimau Muda A, Ong turut mendapatkan khidmat penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi dari Kelantan, Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Ahmad Shakir Ali dan Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah) serta Muhammad Nazmi Faiz dan D. Saarvindran dari pasukan Harimau B.

Ong akan memuktamadkan nama 18 pemain pasukan Malaysia pada 21 Feb.

Ong berkata skuad Pakistan terdiri daripada anggota pasukan Bawah 23 Tahun dan ketika ini menjalani latihan di Bangkok, Thailand untuk menyesuaikan dengan keadaan cuaca di sini.

"Ini menunjukkan kesungguhan mereka untuk memenangi perlawanan," katanya.

Malaysia diundi bertemu Pakistan dalam pusingan kelayakan pertama Olimpik dan perlawanan timbal balik akan diadakan di Stadium Punjab di Lahore pada 9 Mac.

Pelatih skuad Olimpik Malaysia: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Ahmad Shakir Ali, Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Abdul Shukor Jusoh, R. Gary Steven, K.Gurusamy, V.Kavi Chelvan, Mahalli Jasuli, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Faizal Muhamad, Mohd Fandi Othman, Mohd Ferris Daniel Mat Nasir, Mohd Irfan Fazail, Mohd Izham Tarmizi, Muhammad Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, S.Sivanesan, A.Thamil Arasu, Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Harimau Muda A), Muhammad Nazmi Faiz, D. Saarvindran (Harimau Muda B).-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

FAM Beri Imbuhan RM50,000 Setiap Pemain

default image

FAM Beri Imbuhan RM50,000 Setiap Pemain

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain