suria

Juventus Sekat Impian Inter Milan

Penjaga gol Gianluigi Buffon (tengah) meraikan kemenangan Juventus bersama rakan sepasukannya di Stadium Turin Olympic.
Penjaga gol Gianluigi Buffon (tengah) meraikan kemenangan Juventus bersama rakan sepasukannya di Stadium Turin Olympic.
Penjaga gol Gianluigi Buffon (tengah) meraikan kemenangan Juventus bersama rakan sepasukannya di Stadium Turin Olympic.

MILAN: Juventus terus memberi tekanan kepada Inter Milan untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu Serie A, AC Milan dengan menundukkan pasukan kendalian pengurus Leonardo 1-0 menerusi jaringan Alessandro Matri pada pertembungan penuh dramatik, Ahad.

Matri menggegar gawang lawan pada minit ke-30 pada perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

Penyerang Inter, Samuel Eto melepaskan peluang berharga untuk mengikat kedudukan apabila percubaannya terkenal palang.

Inter kini ketinggalan lapan mata di belakang Milan dengan baki satu perlawanan dalam tangan. Juventus pula menduduki tempat keenam dengan mengumpul 41 mata.

Sementara itu, Lazio kekal dalam buruan untuk mengisi slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Brescia 2-0 dalam perlawanan berasingan.

Alvaro Gonzalez menjaringkan gol pada minit ke-17 dan Libor Kozak menggandakan jaringan pada separuh masa kedua untuk membantu Lazio mencatat kemenangan bergaya yang hanya membezakan mereka tujuh mata di belakang pendahulu, AC Milan.

"Kami belum pernah mencatatkan kemenangan di gelanggang lawan untuk tempoh masa lama tetapi kami berjaya melakukannya hari ini," kata Pengurus Lazio, Edy Reja.

Fiorentina bangkit selepas ketinggalan untuk merangkul kemenangan pertama di gelanggang lawan dengan menundukkan Palermo 4-2.

"Akhirnya kami berjaya menurunkan pemain terbaik yang boleh mencipta peluang dan menjaringkan gol," kata Pengurus Fiorentina, Sinisa Milhajlovic.

Artikel Berikut

Artikel Lain