suria

Beregu Negara Kandas, Chong Wei Mara Ke Final

Ketua jurulatih beregu negara, Rexy Maniaky bercakap sesuatu dengan Kien Keat/Boon Heong selepas mereka tewas kepada pasangan dari Korea Selatan di separuh akhir.
Ketua jurulatih beregu negara, Rexy Maniaky bercakap sesuatu dengan Kien Keat/Boon Heong selepas mereka tewas kepada pasangan dari Korea Selatan di separuh akhir.
Ketua jurulatih beregu negara, Rexy Maniaky bercakap sesuatu dengan Kien Keat/Boon Heong selepas mereka tewas kepada pasangan dari Korea Selatan di separuh akhir.

SEPERTI diramal, beregu lelaki dari Korea Selatan, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae mara ke pusingan final Siri Super Terbuka Korea selepas menundukkan pasangan negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong di separuh akhir pada Sabtu.

Kehebatan pasangan itu nyata sukar digugat apabila mereka memenangi dua set permainan dengan menampilkan persembahan menarik dan penuh bertenaga.

Dengan hadiah keseluruhan bernilai AS$1.2 juta (RM3.66 juta), Terbuka Korea kini diklasifikasikan sebagai kejohanan utama, Siri Super BWF Dunia OSIM.

Kien Keat/Boon Heong tampak berusaha keras untuk menebus kekecewaan mereka selepas tersingkir awal pada Terbuka Malaysia minggu lalu apabila menguasai set pertama 20-22.

Bagaimanapun, tahap kecergasan pasangan negara itu mula menurun sejak dua minggu lalu kerana Kien Keat baru pulih daripada kecederaan siku.

Selepas berhempas-pulas untuk memenangi set pertama, mereka mula keletihan untuk mematahkan ketangkasan Jae Sung/Yong Dae sekaligus memberi peluang kepada pasangan dari Korea itu menguasai dua perlawanan seterusnya dengan keputusan 21-9, 21-10.

Sementara itu, pemain No.1 dunia, Datuk Lee ChongWei berada pada kedudukan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea yang dimenanginya tahun lalu apabila melangkah ke final selepas menundukkan Du Pengyu dari China 21-10, 21-10.

Begitupun, pemain kelahiran Pulau Pinang itu perlu mengekalkan momentum terbaiknya di Seoul apabila dia dijadualkan bertemu Lin Dan dari China pada Ahad.

Dalam perlawanan separuh akhir berasingan, pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 di Beijing itu dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain muda Indonesia, Simon Santoso 23-21, 20-22, 21-15.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain