suria

City Musuh Terdekat Perebutan Gelaran Juara: Giggs

Giggs akui pasukan Man City adalah musuh terdekat United ketika ini.
Giggs akui pasukan Man City adalah musuh terdekat United ketika ini.
Giggs akui pasukan Man City adalah musuh terdekat United ketika ini.

PEMAIN vateran Manchester United, Ryan Giggs mengakui pasukan Manchester City adalah musuh terdekat dalam saingan perebutan gelaran juara liga musim ini berdasarkan kesungguhan pasukan itu dalam setiap perlawanan.

United kini mendahului 44 mata dengan kelebihan dua mata daripada pasukan Man City. Pun begitu United lebih selamat kerana masih mempunyai dua lagi baki perlawanan yang tertunggak.

Manakala pasukan Arsenal kini berada ditangga ketiga dengan mengumpul 40 mata dalam 21 perlawanan.

"Sudah tentu mereka boleh menang berdasarkan kualiti pemain-pemain yang ada serta kekuatan yang dimiliki. Mereka baru sahaja membeli pemain baru seperti Edin Dzeko dan ini perlu dipandang serius.

"Mereka ini adalah antara empat atau lima pasukan yang mempunyai pelaung cerah untuk bergelar juara,” katanya.

Artikel Lain