suria

Zorro Harap Perlawanan Malaysia-Indonesia Berjalan Lancar

PETALING JAYA: Kelab Zorro Wiro Selangor mengharapkan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia pada Piala Suzuki AFF Ahad ini bakal berjalan lancar dan aman damai. Presiden kelab, Khaidzir Ishak Ubah atau lebih dikenali Zorro berkata, perlawanan ini merupakan catatan baru dalam dunia bola sepak memandangkan keduanya belum pernah menjulang trofi kejuaraan ini.

"Dengan prestasi cemerlang pemain-pemain muda, kami optimis trofi kejuaraan ini semakin hampir dengan kita. Bagi semua penyokong-penyokong Malaysia, diharap dapat memberi sokongan yang sepenuhnya tanpa sebarang kekacauan yang timbul.

"Sementara itu, sebagai kawan kepada penyokong-penyokong Indonesia, saya berharap juga mereka akan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan dan berdisiplin bagi mengekalkan harmoni kedua-dua negara sekali gus tidak menimbulkan masalah.

"Sebagai ketua kelab ini juga, saya merayu semua penyokong terutama sekali penyokong Indonesia memegang semangat kesukanan yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Artikel Berikut

Artikel Lain