suria

Seramai 252 Pelayar Dari 57 Negara Sertai IOA Dunia Di Langkawi

LANGKAWI: Seramai 252 pelayar dari 57 negara mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Persatuan Antarabangsa Optimist Dinghy IODA) Dunia 2010/2011 di Kompleks Latihan Perahu Layar Kebangsaan di sini mulai 28 Dis ini hingga 8 Jan 2011.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata antara negara yang mengesahkan penyertaan ialah Brazil, Peru, Itali, Turki, United Kingdom, Jerman, Finland, Norway, Australia, New Zealand, Hong Kong, Thailand, Singapura dan Malaysia.

"Sambutan diterima kali ini amat menggalakan dan jumlah penyertaan ini paling banyak berbanding kejohanan lepas," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kejohanan 10 hari ini turut mempertandingkan kategori optimist individu dan berpasukan lelaki serta wanita.

Seramai 252 pelayar akan menyertai kejohanan itu dengan setiap negara menghantar tidak kurang daripada lima pelayar, kata Mohd Afendy. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain