Chelsea Bangkit Sekat Kemaraan Zilina - Sukan | mStar

Chelsea Bangkit Sekat Kemaraan Zilina

Malouda (kanan) meraikan jaringan kemenangan Chelsea bersama Drogba.
Malouda (kanan) meraikan jaringan kemenangan Chelsea bersama Drogba.

CHELSEA bangkit selepas ketinggalan di belakang untuk menewaskan Zilina 2-1 dalam pertembungan Liga Juara-Juara Eropah di Stamford Bridge sekali gus menguasai tangga teratas Kumpulan F.

Babatounde Bello meletakkan juara Liga Slovakia itu di depan pada minit ke-19 tetapi Chelsea mula memberikan tekanan menerusi gol Daniel Sturridge dan Florent Malouda di babak kedua.

Carlo Ancelotti melakukan enam pertukaran terhadap pasukannya yang tewas 0-1 kepada Birmingham pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu dengan menurunkan pemain mudanya, Josh McEachran, Jeffrey Bruma dan Patrick van Aanholt untuk memperkuat barisan pertahanan.

Zilina melakukan kejutan seawal minit ke-19 menerusi percubaan Bello yang bermain satu dua dengan kapten pasukan Robert Jez sebelum menyempurnakan hantaran Ross Turnbull.

Jaringan itu ternyata mengejutkan pasukan tuan rumah yang menjangkakan laluan mudah ke atas Zilina yang tewas 0-7 kepada Marseille dalam pertemuan kejuaraan Eropah terakhir mereka.

Chelsea bermula dengan hambar sebelum menemui rentak permainan di babak kedua tetapi percubaan beberapa pemain mudanya harus diberi pujian.

Sturridge berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-51 untuk menghidupkan peluang Chelsea mencari gol kemenangan.

Kapten The Blues, Didier Drogba melakukan hantaran kemas kepada Malouda di kawasan penalti Zilina untuk disempurnakan pada minit ke-86 sekali gus membantu Chelsea mengekalkan kedudukan selaku pendahulu.

BARISAN PEMAIN

Chelsea: Turnbull, Ferreira, Ivanovic, Bruma, Van Aanholt, Ramires, McEachran, Malouda, Sturridge, Drogba, Kakuta.

Zilina: Dubravka, Angelovic, Pecalka, Piacek, Gergel, Jez, Guldan, Babatounde, Vladavic, Majtan, Oravec.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain