suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ancelotti Tepis Khabar Angin Bakal Tinggalkan Chelsea

CARLO Ancelotti (gambar) menegaskan beliau akan kekal mengemudi Chelsea dan menyangkal dakwaan bahawa kedudukannya di Stamford Bridge mula samar sejak minggu lalu.

The Blues kini menanggung tiga kekalahan dalam empat perlawanan dan menyaksikan Manchester United terus merapatkan jurang mata dalam misi merebut kedudukan teratas.

Pada Isnin lalu, timbul khabar angin bahawa pengurus berusia 51 tahun itu akan meninggalkan Chelsea selepas kecewa dengan pemergian Ray Wilkins baru-baru ini.

Beliau turut bertemu dengan Persatuan Pengurus-Pengurus Liga (LMA) berhubung kedudukannya bersama The Blues.

Bagaimanapun pengurus kelahiran Itali itu menolak dakwaan dia menawarkan diri untuk meletak jawatan dan kini memberitahu beliau akan kekal bersama Chelsea sehingga kontraknya tamat.

"Saya tidak pasti sama ada kenyataan ini menjelaskan kedudukan sebenar saya di sini. Khabar angin itu tidak masuk akal. Saya tidak tahu dari mana mereka mengetahui perkara ini. Saya juga tidak pernah bertemu dengan LMA," kata Ancelotti.

Bekas pengurus AC Milan yang masih mempunyai kontrak sehingga 2012 itu mengakui amat menyayangi Chelsea dan yakin mampu mengubah nasib pasukan berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gallas Kapten Baru Spurs

Artikel Lain