suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sunderland, Everton Seri 2-2

Arteta meledakkan gol penyamaan Everton ketika bertemu Sunderland pada Isnin.
Arteta meledakkan gol penyamaan Everton ketika bertemu Sunderland pada Isnin.
Arteta meledakkan gol penyamaan Everton ketika bertemu Sunderland pada Isnin.

SUNDERLAND gagal menjinakkan Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang ke-12 selepas mempamerkan persembahan bertenaga apabila kedua-dua pasukan terikat 2-2 di Stadium of Light.

Danny Welbeck muncul hero Sunderland apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-23 dan 70 untuk menyekat kemaraan Everton yang mendahului menerusi gol pembukaan Tim Cahill seawal minit keenam.

Namun Mikel Arteta menyempurnakan bola muntah ketika perlawanan berbaki tujuh minit untuk mengikat kedudukan.

Keputusan itu meletakkan Everton di tempat ke-14, mengatasi Birmingham dengan kelebihan gol manakala Sunderland yang hanya tewas dua kali musim ini kekal di kedudukan ketujuh.

Kedua-dua pasukan berada pada prestasi terbaik di mana Sunderland hanya tewas satu perlawanan daripada 12 perlawanan terdahulu manakala Everton kecundang di tangan Arsenal buat kali terakhir.

Perlawanan pada babak pertama nampak terbuka dan menarik lebih-lebih lagi apabila kedua-dua pasukan saling melakukan serangan balas untuk menyamakan kedudukan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gallas Kapten Baru Spurs

Artikel Lain