suria

Pires Kembali Semula Ke BPL

BEKAS pemain sayap Arsenal, Robert Pires (gambar) akan melakukan kepulangan mengejut pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (BPL) minggu ini bersama Aston Villa.

Pemain berusia 37 tahun yang menjadi tonggak utama ketika Arsenal mempertahankan rekod tanpa kalah pada kempen 2003/2004 sekali gus merangkul kejuaraan tidak terikat dengan mana-mana ejen selepas meninggalkan Villarreal, Julai lalu.

Pengurus Villa, Gerard Houllier yang mengenali Pires ketika memegang jawatan selaku pengarah teknikal skuad kebangsaan Perancis sebelum ini, sudah berbincang dengan beliau berhubung perpindahannya minggu ini.

Pembantu Houllier, Gary McAllister turut gembira dan memuji tindakan Pires berhijrah ke Villa Park.

"Saya yakin dia akan menyertai kami dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi. Dia pemain sempurna dan akan tiba di gelanggang dalam prestasi terbaik," kata McAllister.

Kecederaan yang melanda Villa memaksa Houllier untuk menurunkan pemain muda, Bary Bannan dan Jonathan Hogg di bahagian tengah ketika bertemu Manchester United, Sabtu lalu.

Villa berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada pertembungan itu. Di sebalik kejayaan itu, Houllier amat mengalu-alukan kehadiran pemain tengah baru sebelum pintu perpindahan pemain di buka semula, awal tahun depan.

Artikel Lain