suria

Drogba Disahkan Demam Malaria

PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti mengesahkan penyerangnya, Didier Drogba (gambar) dipercayai terkena serangan demam malaria.

Penyerang kebangsaan Ivory Coast itu terkena jangkitan virus baru-baru ini tetapi ujian darah mendedahkan ia adalah demam malaria.

Drogba tidak mengisi barisan utama ketika tewas 0-2 kepada Liverpool tetapi diturunkan selaku pemain gantian pada babak kedua selepas memberitahu dia kurang sihat pada kemuncak perlawanan itu.

"Didier tidak sihat. Dia terkena demam malaria dan kurang cergas sepanjang sesi latihan. Dia sudah mendapatkan rawatan dan akan kembali berada pada tahap terbaik.

"Saya tidak tahu di mana beliau mendapat penyakit itu. Saya memberi cuti rehat kepadanya," kata Ancelotti.

Meskipun belum cergas sepenuhnya, Drogba akan diturunkan menentang Fulham di Stamford Bridge awal pagi esok.

Artikel Lain