suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Comolli Kini Pengarah Strategi Bola Sepak Liverpool

LIVERPOOL melantik bekas Pengarah Sukan Tottenham Hotspur, Damien Comolli (gambar) sebagai Pengarah Strategi Bola Sepak kelab itu.

Beliau meninggalkan Spurs pada Oktober 2008 untuk menyertai St Etienne selepas pemergian pengurus Juande Ramos.

"Damien memiliki kebolehan dalam mengenal pasti bakat pemain muda dan kami berasa bangga kerana beliau bersetuju menyertai Liverpool.

"Pengumuman ini adalah langkah pertama dalam menstruktur kepimpinan pasukan, pembangunan pemain dan segala aspek yang diperlukan untuk mengekalkan konsistensi pasukan di peringkat tertinggi," kata pemilik The Reds, John Henry.

Pengurus Liverpool, Roy Hodgson berpendapat barisan pemain sedia ada kekurangan kualiti dan pelantikan Comolli berperanan menentukan hala tujuan kelab terutamanya ketika pasaran perpindahan pemain.

"Saya sedia untuk bekerjasama dengan Damien yang saya kenali setelah sekian lama," jelas Hodgson.

Artikel Sebelum

Artikel Lain