suria

Er Yang, Nurul Ainul Olahragawan/Olahragawati MSSNS

SEREMBAN: Jaguh tenis remaja kebangsaan Khoo Er Yang dan jaguh tenpin boling remaja kebangsaan Hurul Ainul Abu Razak, masing-masing dinobat sebagai olahragawan dan olahragawati Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) 2009.

Selain piala pusingan dan piala iringan, mereka turut menerima hadiah wang tunai RM1,000, jam tangan, trek suit dan sijil yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli.

Khoo, 16, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Paul, Seremban, manakala Nurul Ainul, 17, pelajar SMK Puteri, Seremban.

Atlet sukan terjun, Azhar Imran Rusli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Paroi Jaya, Seremban dan pemain tenis Nurin Nabilah Roslan dari SK Sikamat, Seremban pula dinobatkan Juara Muda Putera dan Juara Muda Puteri.

Mereka menerima piala iringan, wang tunai RM500, trek suit, jam tangan dan sijil.

Sementara SMK Bukit Mewah, Seremban; SMK Datuk Abdul Samad, Port Dickson dan SMK Puteri, Seremban dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang Sukan bagi kategori Sekolah Menengah dan bagi kategori Sekolah Rendah dimenangi oleh SK Taman Paroi Jaya, Seremban; SK Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson dan SK King George V, Seremban.

Bagi Anugerah Khas MSSNS, ia dimenangi atlet sukan wushu, Khaw Jing Yee dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alonso Juara GP Korea

Artikel Lain