suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atlet Itali Juara Kejohanan Skyrunner Dunia

KUNDASANG: Atlet Itali Emanuela Brizio muncul juara bagi kategori wanita Siri Skyrunner Dunia 2010 dengan mengumpul 381 mata apabila pusingan akhir siri itu tamat di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, dia gagal menjuarai kejohanan Climbathon Antarabangsa TM apabila tidak dapat menandingi kehebatan atlet Sepanyol Nuria Picas Albet yang mencatat masa 3:28.07 saat.

Brizio menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 3:34.22 saat, di belakang Anna Fros dari New Zealand dengan catatan masa 3:33.41 saat.

Fros juga menduduki tempat kedua keseluruhan dengan mengumpul 373 mata, mengatasi Cecilia dari Itali, yang mengumpul 352 mata.

Albet, 33, yang bertugas sebagai anggota bomba, memberitahu pemberita bahawa dia tidak menyangka akan menang, lebih-lebih lagi memandangkan Brizio adalah juara bertahan dan telah mendahului peserta lain dalam siri itu.

"Emanuela (Brizio) dan Anna (Fros) terlalu kuat dan pantas. Saya tak fikir boleh mengalahkan mereka," katanya.

Peserta Malaysia Danny Kuilin Gongot menamatkan perlumbaan itu dengan masa 3:47.23s.

Perlumbaan bagi kategori lelaki akan berlangsung Ahad.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain