suria

Arsenal Benam City 3-0

Song (dua kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.
Song (dua kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.
Song (dua kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.

ARSENAL kembali merampas tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menundukkan Manchester City 3-0 di Eastlands, Ahad.

Pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Dedryck Boyata dilayangkan kad merah seawal minit kelima kerana mengasari penyerang Marouane Chamakh.

Sejak dari itu, Arsenal mendominasi perlawanan dan berada di depan menerusi jaringan Samir Nasri pada minit ke-27. Ia adalah gol ketujuh pemain kebangsaan Perancis itu pada musim ini.

Usaha keras Joe Hart patut dipuji apabila dia berjaya menyelamatkan sepakan penalti yang dilakukan kapten Arsenal, Cesc Fabregas.

Namun, pemain tengah Alex Song menggandakan jaringan pada babak kedua sebelum Nicklas Bendtner melengkapkan gol ketiga Arsenal selepas pulih daripada kecederaan.

The Gunners mengambil alih takhta yang dihuni Manchester United buat sementara waktu berdasarkan jumlah jaringan. City pula menduduki tempat keempat dengan 17 mata.

Anak buah Roberto Mancini itu nyaris merobek gawang lawan pada minit ke-90 menerusi percubaan David Silva yang memanfaatkan hantaran Carlos Tevez.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alonso Juara GP Korea

Artikel Lain