suria

Nadal Cipta Rekod Di New York

BINTANG tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal (gambar) menjadi antara tujuh pemain yang berjaya mencipta sejarah menyempurnakan rekod Grand Slam setelah menewaskan Novak Djokovic pada saingan akhir Terbuka Amerika Syarikat, Selasa.

Nadal yang turut menjulang gelaran juara Terbuka Perancis dan Wimbledon awal musim ini menundukkan Djokovic 6-4 5-7 6-4 6-2 dalam masa 3 jam 42 minit.

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi pemain paling muda kedua menamatkan gelaran Grand Slam selepas Don Budge, 22 tahun dari Amerika juga pada kejohanan yang sama pada tahun 1938.

Selain itu, Fred Perry, Rod Laver, Roy Emerson, Andre Agassi dan Roger Federer turut berjaya memenangi kesemua empat gelaran Grand Slam ini.

Artikel Sebelum

Wan Jamak Tidak Mahu Dabik Dada

Artikel Berikut

Artikel Lain