suria

Belum Lagi Letak Sasaran:Hodgson

ROY Hodgson enggan menetapkan sebarang sasaran untuk musim pertamanya bersama Liverpool.

Bekas pengurus Fulham itu menyaksikan penjaga gol Jose Reina cekap melakukan penyelamatan untuk meletakkan kedudukan 0-0 dengan Birmingham, Ahad.

Liverpool kini mengumpul lima mata daripada empat perlawanan terdahulu.

Hodgson menafikan sekeras-kerasnya laporan bahawa beliau menolak peluang The Reds untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

"Saya tidak pernah berkata sedemikian. Saya tidak menetapkan sasaran dan tidak berniat untuk berbuat begitu. Saya hanya ingin membantu pasukan beraksi cemerlang dalam setiap perlawanan.

"Jika anda bertanya soalan kepada saya, bolehkan kami menang musim ini. Saya tidak tahu. Namun apa yang pasti kami akan bekerja keras dalam setiap perlawanan dan lihat kedudukan kami pada Mei," katanya.

Artikel Sebelum

Terry Kembali Beraksi

Artikel Berikut

Alonso Unggul Di Grand Prix Itali

Artikel Lain