suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alonso Unggul Di Grand Prix Itali

Alonso dan Felipe Massa (kanan) meraikan kejayaan mereka bersama Ketua Pasukan Ferrari Stefano Domenicali di podium.
Alonso dan Felipe Massa (kanan) meraikan kejayaan mereka bersama Ketua Pasukan Ferrari Stefano Domenicali di podium.
Alonso dan Felipe Massa (kanan) meraikan kejayaan mereka bersama Ketua Pasukan Ferrari Stefano Domenicali di podium.

MONZA, Itali: Fernando Alonso berpeluang memberikan tentangan sengit untuk merebut mahkota kejuaraan dunia selepas mencatat kemenangan di Grand Prix Itali, Ahad.

Pemandu berusia 29 tahun itu memerlukan setiap kemenangan dalam usaha untuk memenangi kejuaraan dunia buat kali ketiga pada musim pertamanya bersama Ferrari.

Meskipun bermula di petak ke-19, Alonso bangkit melakukan pemanduan cemerlang sehingga ke garisan penamat untuk mengetepikan cabaran juara bertahan, Jenson Button di tempat kedua manakala Felipe Massa, ketiga.

Ia adalah kemenangan ketiga pemandu dari Sepanyol itu pada musim ini dan kejayaan ke-24 sepanjang kariernya.

Alonso kini mengumpul 166 mata. Pemandu McLaren, Lewis Hamilton pula gagal menamatkan perlumbaan kerana terlibat dengan kemalangan pada lap pembukaan.

Mark Webber mengutip 187 mata, lebih lima mata berbanding Hamilton yang kurang bernasib baik pada Ahad berbekalkan baki lima perlumbaan yang perlu diharungi musim ini.

Lebih mengejutkan, pemandu Jerman, Sebastian Vettel menamatkan saingan ditempat keempat selepas jenteranya mengalami masalah enjin.

Artikel Lain