Malaysia dan Indonesia Rancang Wujudkan Liga Bola Sepak ASEAN - Sukan | mStar

Malaysia dan Indonesia Rancang Wujudkan Liga Bola Sepak ASEAN

KERAWANG (JAWA BARAT): Malaysia dan Indonesia merancang untuk mewujudkan Liga Bolasepak ASEAN bagi mempertingkatkan lagi standard sukan itu di kalangan negara anggota di rantau itu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata sebelum ini negara anggota ASEAN hanya bertanding secara karnival pada Kejohanan Piala Tiger atau Pestabola Merdeka tetapi kini hanya pada temasya Sukan SEA.

"Saya percaya liga peringkat Asia Tenggara ini mampu mempertingkatkan lagi mutu bola sepak di rantau ini," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatanya dari Indonesia, Dr Andi A Malarangeng, di sini, kira-kira 270km dari Bandung.

Ahmad Shabery kini berada di Bandung untuk menyertai kejohanan golf amal Kementerian Belia dan Sukan (KBS)-Temasya Sukan Bandung yang bermula Ahad ini.

Temasya Bandung merupakan acara sukan yang bertujuan merapatkan hubungan di kalangan 6,000 mahasiswa Malaysia yang berada di 17 daerah di Indonesia dan akan diadakan di Bandung dari 8 hingga 10 Oktober.

Ahmad Shabery berkata Indonesia yang bersetuju dengan cadangan Malaysia untuk mewujudkan Liga ASEAN akan mengemukakannya kepada Menteri-menteri Asean yang lain ketika temasya Sukan Olimpik Remaja di Singapura dari 14 hingga 26 Ogos ini.

Sementara itu, Dr Andi berkata beliau percaya kewujudan Liga ASEAN mampu membawa pembaharuan kepada pasukan di rantau ini.

"Selama ini kita ketinggalan berbanding Korea Selatan dan Jepun yang mara ke pusingan akhir Piala Dunia. Usaha yang lebih giat perlu dilakukan untuk mengubah keadaan tersebut," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Perlawanan Liga Super

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain