suria

Webber Takluk Litar Silverstone

Webber bersama trofi yang dimenangi pada Grand Prix Britain.
Webber bersama trofi yang dimenangi pada Grand Prix Britain.
Webber bersama trofi yang dimenangi pada Grand Prix Britain.

PEMANDU Red Bull, Mark Webber mengungguli perlumbaan di Silverstone pada selekoh pertama sehingga ke garisan penamat sekaligus mengetepikan pesaing terdekatnya, Lewis Hamiton pada Grand Prix Britain, sebentar tadi.

Webber meninggalkan Hamilton dengan kelebihan 1.3 saat di hadapan 120,000 penonton yang hadir menyaksikan perlumbaan itu.

Vettel gagal mengulangi rentak pada sesi kelayakan kerana tayar jenteranya pancit manakala Webber terus mendominasi saingan selepas bermula di petak kedua.

Hamilton masih kekal selaku pendahulu kejuaraan selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala rakan sepasukannya, Jenson Button ketinggalan di belakang Nico Rosberg untuk menduduki tempat keempat.

Rubens Barrichello di tempat kelima selepas memanfaatkan diffuser serupa digunakan McLaren yang gagal berfungsi minggu ini.

Fernando Alonso mengalami detik-detik sukar apabila terjunam ke tangga kelima dan dikenakan penalti selepas memintas Kubica ketika di luar trek. Hukuman itu dikenakan pada lap ke-27.

Kemenangan itu membolehkan Webber merapatkan jurang mata sebanyak 17 mata dalam senarai kedudukan pemandu dengan menduduki tempat ketiga setakat ini.

Namun, Hamilton masih gah selaku pendahulu dengan kelebihan 12 mata di depan rakan sepasukannya, Button.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain