suria

Belanda Tidak Gentar Jumpa Sepanyol

Kuyt mahu menamatkan penantian 32 tahun Belanda.
Kuyt mahu menamatkan penantian 32 tahun Belanda.
Kuyt mahu menamatkan penantian 32 tahun Belanda.

BERBEZA dengan Jerman, penyerang Belanda, Dirk Kuyt yakin pasukannya tidak akan gentar dengan ancaman Sepanyol pada perlawanan final Piala Dunia, awal pagi Isnin ini.

Belanda akan berentap di final dengan rekod 25 perlawanan tanpa kalah dan Kuyt menegaskan pasukannya tidak akan melakukan kesilapan seperti Jerman tempoh hari.

"Kami tidak bimbang sama sekali. Anda boleh melihat Jerman takut berdepan Sepanyol. Mereka tidak cuba melakukan serangan. Namun, kami akan cuba melakukan serangan. Jika anda bermain seperti Jerman, anda pasti akan tewas," katanya.

Kuyt kagum dengan semangat juang tinggi yang dipamerkan rakan sepasukannya ketika mereka menewaskan Berazil dengan defisit 1-0 dalam kelompok lapan terakhir.

Bintang The Reds itu mahu menebus kekalahan pada 1974 dan 1978 menjelang pertemuan getir awal pagi Isnin ini.

"Bola sepak Belanda sentiasa kuat. Dalam setiap perlawanan, kami mahu mempamerkan kualiti. Namun dalam pertemuan ini, kami bukan saja menekankan kualiti tetapi kepercayaan," jelasnya.

Artikel Lain