MSN Diberi Mandat Cari Kaedah Baru Hakimi Acara Sukan Subjektif - Sukan | mStar

MSN Diberi Mandat Cari Kaedah Baru Hakimi Acara Sukan Subjektif

PUTRAJAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) akan diberi mandat bagi mencari kaedah sesuai dalam menghakimi acara sukan subjektif pada setiap kejohanan utama, termasuk Sukan Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata mekanisme penghakiman itu perlu dikaji semula agar ia tidak lagi dimanipulasi pihak tertentu untuk memberi penghakiman yang tidak adil dan berat sebelah.

Beliau berkata sukan subjektif juga cenderung dilibatkan dalam gejala rasuah kerana corak penghakiman yang tidak statik.

"Ada kalangan negara-negara yang meminta supaya sukan subjektif ini tidak lagi dipertandingkan, tetapi ia adalah mustahil untuk dilakukan kerana ia sememangnya telah diiktiraf.

"Kita mahu pastikan agar mekanisme penghakiman selepas ini lebih telus dan terperinci," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Sukan bersama exco Belia dan Sukan di kementerian itu di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata terdapat beberapa kes dilaporkan melibatkan penghakiman sukan subjektif sebelum ini termasuk di temasya sukan yang lebih besar seperti Sukan SEA.

"Kita perlukan kaedah yang sesuai, termasuk menentukan jenis tindakan terhadap pengadil yang memberikan penghakiman yang berat sebelah atau pengadil yang menerima rasuah ketika mengadili perlawanan.

"Ada kes seumpama ini dilaporkan, dan mungkin kaedah itu termasuk melarang penggunaan pengadil dari persatuan, sebaliknya dipilih dari negeri-negeri yang bertanding agar tidak timbul isu berat sebelah atau sebagainya," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Lorenzo Kuasai Litar Catalunya

Artikel Berikut

Nadal Terus Unggul

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain