suria

Ozil Mahu Contohi Ballack

Kelincahan Ozil mula menambat hati beberapa kelab ternama.
Kelincahan Ozil mula menambat hati beberapa kelab ternama.
Kelincahan Ozil mula menambat hati beberapa kelab ternama.

BINTANG muda Werder Bremen, Mesut Ozil mahu mengikut jejak langkah rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Jerman, Michael Ballack berhijrah ke kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain berusia 21 tahun itu merupakan tonggak utama Jerman dalam meneruskan kemaraan ke separuh akhir dengan bertemu Argentina di suku akhir, malam esok.

Ozil masih mempunyai baki kontrak selama setahun bersama Werder Bremen dan memberi gambaran awal dia mahu menyertai kelab EPL dan La Liga.

"Kini Piala Dunia menjadi keutamaan. Selepas selesai, barulah saya akan memikirkan mengenai masa depan saya. Apabila anda melihat pencapaian Manchester United dan Chelsea, anda berhasrat untuk menyertai kelab seperti itu.

"Saya melihat Ballack berjaya menempa nama di Stamford Bridge. Dia turut beraksi bersama ramai pemain berkualiti. Impian untuk menjadi seperti dirinya begitu tinggi," katanya.

Menurut Ozil, bukan wang yang menjadi keutamaannya malah dia hanya mengimpikan untuk menjulang trofi kejuaraan.

Baginya, terdapat dua pasukan di England yang sentiasa bersaing merebut gelaran juara. Perkara itu turut dilihat dalam kempen La Liga.

"EPL dan La Liga adalah dua liga terkuat di dunia setakat ini," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain