suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Timbalan Pengarah JBS Perlis Meninggal Dunia

KANGAR: Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Perlis, Abdul Halim Bahari, 54, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini petang semalam kerana diserang sakit jantung. Menurut anak sulungnya Khairil Khushairi, 27, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.05 petang selepas dimasukkan ke hospital Selasa lepas.

Sebelum menjadi Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Perlis, allahyarham pernah berkhidmat sebagai pegawai belia di Kedah dan Pulau Pinang.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Taman Guru Jaya di sini malam tadi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Behor Temak dekat sini pukul 12 tengah hari.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Umi Kalsom Hassan, 52, serta empat orang anak termasuk Khairil Khushairi dan adik-adiknya Khairil Hafeez, 24, Nurhazwina, 22, dan Nurhafezatul Aim, 16. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia