suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sukma: Terengganu Akui Sukar Pertahankan Emas Acara Bola Sepak

KUALA TERENGGANU: Terengganu mengakui bahawa adalah sukar untuk mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di Melaka bulan depan kerana kesuntukan masa untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap.

Jurulatihnya Khalid Mohd Dahan berkata pihaknya menghadapi kesulitan untuk mengumpul pemain yang kebanyakannya beraksi dalam Liga Super dan Piala Presiden.

"Kita akan hanya dapat membuat pemilihan pada 2 dan 3 Jun ini selepas pertandingan Liga Super berhenti rehat. Kita hanya mempunyai masa kurang seminggu untuk mengadakan latihan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Khalid berkata kebanyakan pemain edisi lepas, sudah bersara ataupun mewakili pasukan remaja kebangsaan pada kejohanan liga di Slovakia seperti Abdul Shukor Jusoh, Izzaq Faris Ramlan, Mohd Faizal Mohd, Mohd Hafizi Faisal, Mohd Muslim Ahmad dan Muhd Fakhrurazi Musa.

Katanya Terengganu juga kehilangan penyerang lincah Abdul Manaf Mamat yang dikenakan denda atas kesalahan semasa perlawanan Piala FA antara Terengganu dan Kedah pada 3 April lalu.

Abdul Manaf digantung 10 perlawanan dan didenda RM6,500 oleh Lembaga Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana melakukan tiga kesalahan termasuk meludah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil, Subkhiddin Mohd Salleh, pada perlawanan tersebut.

Khalid berkata Terengganu akan cuba membawa dua pemain baru dari skuad Liga Super Terengganu iaitu Joseph Kalang Tie dan Mohd Firdaus Mohd Faudzi yang diharap dapat membantu pasukan.

Beliau berkata Terengganu akan memulakan kempen bola sepak Sukma pada 7 Jun dengan menentang musuh tradisinya Kelantan.

Bagaimanapun, katanya, Terengganu akan cuba membentuk pasukan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan kali ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain