suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Pelayar Dipilih Sertai Latihan Di New Zealand

LANGKAWI: Gandingan emas, Khairunnisa Mohd Afendy dan Norashikin Mohamad Sayed adalah antara enam pelayar Malaysia yang dipilih menjalani latihan di Auckland New Zealand mulai 10 hingga 25 Mei ini.

Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata, gandingan itu meraih pingat emas kelas Internasional 420 wanita pada Kejohanan Pelayaran Asia ke-14 di Shanwei, Guangdong, China, Mac lepas.

Latihan itu adalah sebahagian daripada program untuk memantapkan persediaan pasukan Malaysia bagi menghadapi Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China pada penghujung tahun ini, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pelayar lain yang dipilih ialah Ku Anas Ku Zamil, Mohamad Hafizzudin Mazlan (kelas Internasional 420), Razman Mat Ali dan Ahmad Hakimi Ahmad Shukri (kelas Internasional 470).

Mohd Afendy berkata Auckland New Zealand merupakan pusat latihan kedua bagi pasukan itu.

Kompleks latihan perahu layar kebangsaan di Langkawi, yang merupakan pusat latihan utama menempatkan lebih 30 pelayar daripada skuad elit dan pelapis kebangsaan menjalani latihan pusat.

Artikel Berikut

Artikel Lain