suria

Bekas Pengadil Bola Sepak Kebangsaan Tasmin Abu Bakar Meninggal Dunia

SEREMBAN: Bekas pengadil bola sepak kebangsaan, Tasmin Abu Bakar, 73, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban di sini tengah hari tadi akibat masalah jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Fatimah Ismail, 67, dan empat orang anak berumur antara 36 dan 47 tahun.

Anak keduanya, Badrulsham, 42, berkata, ayahnya dimasukkan ke hospital berkenaan pada 4 Januari lepas.

Jenazah dibawa ke rumahnya di Kampung Jiboi Baru, Ampangan di sini, sebelum dikebumikan di Makam Tuan Haji Said selepas Asar.

Tasmin, bekas kakitangan Majlis Perbandaran Seremban, begitu sinonim dengan bola sepak negara dan sentiasa diberi tanggungjawab mengadili perlawanan pada Pesta Bola Merdeka dan Piala Malaysia sekitar tahun 80-an. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain