suria

Selangor Berhasrat Rampas Kembali Gelaran Juara Keseluruhan Sukma

KUALA LUMPUR: Juara Sukan Malaysia (Sukma) tujuh kali, Selangor, berhasrat untuk merampas gelaran juara keseluruhan temasya dwi-tahunan itu sekali lagi tahun ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) Leong Theng Choon berkata pada Sukma di Terengganu dua tahun lepas, Selangor menduduki tangga kedua di belakang tuan rumah.

Pada Sukma 2008, kontinjen Selangor berjaya mengutip 54 pingat emas, 47 perak dan 52 gangsa di belakang Terengganu yang menang 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa.

Ditanya mengenai persiapan kontinjen Selangor untuk Sukma ke-13 di Melaka dari 10 hingga 19 Jun ini Leong berkata, mereka kini berada di fasa ketiga iaitu peringkat terakhir pemilihan atlet yang akan beraksi nanti.

"Atlet-atlet menjalani latihan intensif pada hujung minggu. Ada pasukan seperti sepak takraw yang berlatih di Indonesia," katanya dan menambah Selangor akan menghantar kontinjen seramai 530 orang pada temasya Sukma kali ini. - BERNAMA

Artikel Lain