Zulfahmi Pamer Saingan Mantap Pada Sesi Kelayakan Di Litar Misano - Sukan | mStar

Zulfahmi Pamer Saingan Mantap Pada Sesi Kelayakan Di Litar Misano

SAN MARINO: Pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 20 pelumba terbaik kategori 125cc pada Perlumbaan Grand Prix San Marino di Litar Misano, Sabtu.

Pelumba berusia 18 tahun yang mewakili pasukan Air Asia-Sepang International Circuit Racing itu menamatkan saing dengan catatan masa 1 minit 46.368 saat.

"Saya gembira dapat menempatkan diri dalam kelompok 20 teratas pada sesi kelayakan dan berharap dapat meraih mata pada perlumbaan sebenar Ahad.

"Pencapaian ini amat baik untuk saya kerana saya dapat mengatasi ramai pelumba Itali lain yang sudah mahir dengan selok belok berlumba di litar ini," katanya ketika ditemui selepas menamatkan sesi kelayakannya.

Menurut beliau, Litar Misano dilihat agak sukar memandangkan ia mempunyai banyak selekoh laju dan perlahan.

"Keadaan litar ini sememangnya mencabar. Bagaimanapun Litar Misano lebih baik berbanding di Indianapolis (Amerika Syarikat).

"Permukaannya agak rata tetapi mempunyai banyak selekoh pantas dan perlahan yang memerlukan saya memberi lebih banyak tumpuan kepada corak pemanduan saya," katanya.

Pelumba yang berasal dari Banting, Selangor ini setakat ini telah mengumpul tiga mata yang diperolehinya di Grand Prix Sepanyol, Jerman dan Republik Czech.

Sementara itu rakan sepasukannya, Sturla Fagerhaug dari Norway sekadar mencatat masa ke-31 terbaik dengan 1:48.324s.

Pendahulu saingan kategori 125cc, Marc Marquez dari Sepanyol (Red Bull Ajo Motorsport) akan bermula dari petak kedua Ahad selepas penunggang Britain, Bradley Smith memintasnya untuk merampas petak pertama.

Marquez setakat ini telah mengumpul 172 mata daripada 11 perlumbaan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain