suria

Air Mata Ibu Iringi Kejayaan Anuar Manan

KUALA TERENGGANU: Kejayaan pelumba sensasi negara, Anuar Manan meraih dua jersi pada peringkat pertama perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berakhir di Kuala Berang, Terengganu, hari ini, diiringi tangisan gembira ibunya, Azizah Ariffin.

"Anuar ada memberitahu kami sekeluarga untuk menyaksikannya berlumba dan saya sangat gembira dengan kejayaannya ini.

"Peluang menyaksikan beliau berlumba adalah sesuatu yang bermakna, lebih-lebih lagi di negeri sendiri," katanya yang turut ditemani suaminya, Manan Muda, ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan.

Azizah berkata Anuar merupakan seorang anak yang baik dan sentiasa membantu keluarga. Anuar, yang mewakili pasukan dari Korea Selatan, Geumsan Ginseng Asia, pada tahun ini berjaya meraih jersi hijau (raja pecut) dan biru (pelumba terbaik Asia) pada peringkat pertama ini.

Beliau akan meneruskan peringkat kedua perlumbaan esok bersama-sama 116 pelumba lain dari Kuala Terengganu ke Chukai, melibatkan jarak sejauh 182.3 kilometer. - BERNAMA

Artikel Lain