suria

Spurs, Liverpool Menang

LONDON: Tottenham Hotspur mengekang kebangkitan Everton untuk meraih kemenangan 2-1 di tempat sendiri manakala Fernando Torres menjaringkan gol apabila kembali beraksi selepas enam minggu untuk Liverpool menewaskan Blackburn Rovers 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Selepas kemenangan mengejut 4-2 Manchester City ke atas Chelsea semalam, keputusan malam tadi memastikan saingan untuk tempat keempat kekal sengit.

Spurs meraih semula tempat keempat dengan 49 mata, mengatasi City dengan kelebihan gol.

Liverpool kekal di tangga keenam dengan 48 mata manakala Aston Villa yang tewas 2-1 kepada Manchester United dalam final Piala Liga malam tadi, di tangga ketujuh dengan 45 mata.

Chelsea masih mendahului dengan 61 mata, satu mata mengatasi Manchester United.

Arsenal yang menang 3-1 ke atas Stoke City pula di tempat ketiga dengan 58 mata. - AFP

Artikel Berikut

Dua Atlet Malaysia Layak Ke Kona

Artikel Lain