suria

Dua Atlet Malaysia Layak Ke Kona

LANGKAWI: Dua atlet Malaysia, Mohd Hafiz Wong Abdullah dan Carmen Leong melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan Ironman Dunia di Kona, Hawaii, Oktober ini.

Mereka adalah antara 35 atlet yang layak ke kejohanan dunia selepas Kejohanan Ironman Langkawi 2010 yang berakhir di sini semalam.

Muhamad Hafiz yang bertanding dalam kategori amatur merupakan peserta Malaysia pertama tiba di garisan penamat, mencatat masa 10'08:16 sementara Leong menduduki tempat kedua kategori wanita umur 40-44 tahun (12'34:42).

Seramai 690 atlet dari 41 negara menyertai edisi ke-11 Kejohanan Ironman Langkawi. Triatlet Belgium, Marino Vanhoenacker memenangi kategori profesional lelaki dan juara bertahan wanita, Belinda Granger dari Australia, turut layak ke Kona.

Bagaimanapun, hanya 23 peserta lelaki dan sembilan wanita yang terpilih walaupun 35 slot diperuntukkan kepada peserta kejohanan itu untuk ke Kona.

SENARAI PENUH KE KONA:

LELAKI: Marino Vanhoenacker, Hiroyuki Nishiuchi, Mohd Hafiz Wong Abdullah, Joseph Cleasby, Lee Chun Aing Barry, Takahiro Toyama, Heidilee Mohammad, Niklos Vatai, Jens Wilken, Dirk Lonnermann, Masashi Hiraiso, Steve Lurney, Joel Hugues.

Gerry Hoffmann, Hirofumi Hokubo, Miroslav Vrastil, Chrustipher Domoney, Ryuki Nakagawa, Tatsui Jobayashi, Warren Squires, Corl Prois Kalus Ledtke, Eric Nillard, Craig Cawood.

WANITA: Belinda Granger, Edith Niederfriniger, Carmen Leong, Kimiko Senzai, Laami Anenias, Oiga Maier, Solveing Gnsland Saety, Yoko Shiba, Ribyn Stanley.

-BERNAMA

Artikel Sebelum

Spurs, Liverpool Menang

Artikel Berikut

Artikel Lain