suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Madrid Benam Villareal 6-2

MADRID: Cristiano Ronaldo membuka jaringan manakala Gonzalo Higuain dan Kaka menambah dua gol bagi memastikan Real Madrid merampas kemenangan dari Villareal 6-2 memberi dua mata di hadapan Barcelona.

Ronaldo memberi peluang Madrid mendhului perlawanan apabila menyempurnakan tendangan percuma pada minit ke-18 dan Kaka menambahkan lagi peluang berganda dari sudut penalti tiga minit kemudian apabila Ivan Marciano menjatuhkan Higuain.

Tendangan percuma cantik daripada Marcos Senna's pada minit ke-31 memberi peluang kepada Villareal, namun Higuain berjaya merebut kembali penguasaan perlawanan Madrid dengan dua gol.

Namun Villareal tidak mudah mengalah dan cuba bangkit dengan 3-2 hasil jaringan Nilmar pada minit ke-66. Tetapi kebangkitan Villareal disangkal pantas oleh Madrid pada 20 minit terakhir perlawanan. Hantaran Marcelo's disudahi dengan tolakan masuk oleh Higuain.

Artikel Sebelum

Selangor Seri Tanpa Jaringan

Artikel Berikut

Artikel Lain