suria

Perlawanan Menentang Jerman Pentas Akhir Maradona Uji Pemain

PENGURUS PASUKAN Argentina Diego Maradona berkata, beliau telahpun menelefon sekurang-kurangnya 12 pemain untuk memaklumkan bahawa mereka telah terpilih untuk menyertai skuad Piala Dunia Julai depan.

Bagaimanapun bekas pemain lagenda itu berkata, pintu skuadnya masih lagi terbuka luas untuk mereka yang mempamerkan aksi luar biasa dalam tempoh beberapa bulan ini.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mengumumkan senarai 20 pemain untuk perlawanan persahabatan menentang Jerman di Munich 3 Mac depan.

Maradona sebelum ini mengundang kritikan daripada pengulas-pengulas sukan apabila mencuba lebih 100 orang pemain sejak terpilih sebagai pengurus pasukan Argentina.

"Lima puluh peratus daripada senarai pemain yang akan disenaraikan dalam skuad Piala Dunia saya telah pun dikenalpasti," katanya.

Selepas dua perlawanan persahabatan yang menyaksikan pasukannya menewaskan Costa Rica 3-2 dan Jamaica 2-1 dengan menggunakan pemain-pemain yang bertapak di liga tempatan, Maradona akhirnya telah menyenaraikan 17 pemain yang bertapak di liga Eropah untuk perlawanan menentang Jerman nanti.

Pemain Inter Nicolas Burdisso, Walter Samuel dan Diego Milito, penyerang Palermo Javier Pastore dan pemain tengah Olympiakos Jesus Datolo telah dipanggil kembali untuk menyarung jersi kebangsaan.

Hanya tiga pemain dari liga domestik disenaraikan dalam perlawanan persahabatan kali ini – pemain Estudiantes, Juan Sebastián Verón dan Clemente Rodríguez and the pemain pertahanan tengah Velez Sarsfield, Nicolas Otamendi.

Penyerang Manchester City, Carlos Tevez, dan pemain tengah Newcastle Jonás Gutiérrez, pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano dan penyerang Barcelona Lionel Messi turut tersenarai.

Perlawanan menentang Jerman adalah pentas terakhir untuk pemain-pemain Argentina membuktikan kemampuan mereka sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.

Skuad Argentina:

Penjaga Gol: Mariano Andujar (Catania), Sergio Romero (AZ Alkmaar).

Pertahanan: Gabriel Heinze (Marseille), Martin Demichelis (Bayern Munich), Nicolas Otamendi (Velez Sarsfield), Walter Samuel (Inter), Clemente Rodríguez (Estudiantes), Nicolas Burdisso (Roma)

Midfield: Javier Mascherano (Liverpool), Juan Sebastián Verón (Estudiantes), Jonás Gutiérrez (Newcastle United), Angel Di Maria (Benfica), Mario Bolatti (Fiorentina), Javier Pastore (Palermo), Jesus Datolo (Olympiakos)

Penyerang: Lionel Messi (Barcelona), Gonzalo Higuain (Real Madrid), Carlos Tevez (Manchester City), Sergio Aguero (Atletico Madrid), Diego Milito (Inter).

Argentina Diego, Piala Dunia, Munich

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain