suria

Amukan Rooney Masa Rehat Pencetus Kemenangan Utd

MANCHESTER: Penyerang Manchester United (Man Utd) Wayne Rooney mendedahkan bagaimana dia meniru gaya Sir Alex Ferguson dengan 'mengamuk' pada waktu rehat separuh masa pertama bagi membangkitkan kembali semangat rakan-rakan sepasukannya ketika menentang AC Milan awal pagi semalam.

Lentingan Rooney menjadi inspirasi kemenangan sulung Man Utd di San Siro dalam lima percubaan. Dan dua jaringan Rooney pada separuh masa kedua membolehkan Man Utd mencatatkan kemenangan selesa 3-2 ke atas Milan dan juga merupakan jaringan pribadinya yang ke-25 musim ini.

Kata Rooney; "Saya sangat marah dengan prestasi keseluruhan pasukan kami pada separuh masa kedua dan saya memastikan semua orang tahu bahawa saya tidak sama sekali gembira dengan permainan beberapa pemain."

Para pengulas sukan sendiri menyifatkan permainan Rooney pada perlawanan itu adalah hambar tetapi dalam pada itu pun dia masih mampu menjaringkan dua buah gol.

Tetapi pengurus Milan, Leonardo mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Rooney.

Kata Leonardo, apa yang membezakan Man Utd dengan pasukannya ialah kerana mereka mempunyai Wayne Rooney. Dan kelebihan Rooney pula ialah setiap peluang yang datang kepadanya disempurnakan dengan jaringan gol.

Katanya Milan sendiri mempunyai setidak-tidaknya tiga peluang keemasan untuk menjaringkan gol tetapi mereka tidak dapat menyempurnakan tugasan itu.

Kepada Sir Alex Ferguson pula, beliau kini menyifatkan Rooney sebagai pemain terbaik dunia.

"Rooney kini telah membuktikan yang dia adakan sebaik Ronaldo, Kaka dan Leonel Messi," ujar Ferguson.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain