suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

26 Kapal Layar Mulai Saingan RLIR 2010

LANGKAWI: Sebanyak 26 kapal layar dari 11 negara memulakan saingan Regata Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2010 edisi ke-8 mulai hari ini hingga Jumaat.

Pengarah Teknikal Regata, Ahmad Zailani Bashah berkata, antara negara yang mengambil bahagian ialah Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Hong Kong, Belanda, New Zealand, Norway dan Malaysia.

Juara bertahan Ray Roberts dari Australia yang kali ini menggunakan kapal layar yang lebih besar turun mempertahankan kejuaraan.

Bagi pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), mereka menghantar empat kapal layar iaitu Navy Satu, Navy Dua, Marikh dan Zuhal.

Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) turut menghantar satu pasukan bawah 25 tahun untuk menimba pengalaman.

RLIR 2010 memerlukan setiap pasukan menamatkan lapan perlumbaan termasuk dalam kategori seperti Racing class, Sport boats, Multihull class, IRC class dan Club class.

Kejohanan adalah bagi merebut hadiah utama Trofi Perdana Menteri dan Anugerah Kesukanan Tunku Abdullah.

RLIR 2010 yang dianjurkan Royal Langkawi Yacht Club merupakan acara pembuka tirai kejohanan layar di Langkawi yang akan diikuti dengan Regata Perdana anjuran MYA mulai 27 hingga 31 Januari. - BERNAMA

Artikel Lain