suria

Kelantan Tidak Memandang Rendah Kebolehan Johor - Sathianathan

KOTA BAHARU: Kelantan tidak memandang rendah terhadap kebolehan Johor apabila keduadua pasukan itu bertemu pada perlawanan pertama Liga Super musim baru 2010 di Stadium Sultan Mohammad KeIV, Kota Baharu, Rabu ini.

Ketua Jurulatih Kelantan B. Sathianathan berkata walaupun Johor tumpas 03 bertemu Kedah pada perlawanan pertama di Johor, semalam namun pasukan itu mampu bangkit dan Kelantan perlu berwaspada untuk memastikan tiga mata penuh tidak terlepas dalam perlawanan pertama Kelantan di gelanggang sendiri.

"Kata orang, kadangkadang harimau yang luka itu lebih garang daripada harimau yang kuat dan tidak cedera, jadi kita kena berwaspada dengan Johor," katanya kepada Bernama sebagai mengulas pertemuan pertama Red Warriors dengan Johor selepas Kelantan sekadar seri 00 dengan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, semalam.

Menurutnya, dalam bola sepak pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Sathianathan berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan persembahan kesebelasan pemain yang diturunkan semalam namun nasib tidak menyebelahi pasukannya.

Katanya, percaturan yang dibuatnya tidak menunjukkan wujud kepincangan dalam permainan, malah keputusan tidak menurunkan beberapa pemain harapan, termasuk Noor Farhan Ahmad, Sany Fahmi, Zairol Fitri, Zamri Ramli dan Mohd Niza Ayub, tidak menjejaskan mutu permainan.

"Kita mampu menguasai 90 peratus permainan berbanding dengan pasukan tuan rumah," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain