suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rossi duduki petak hadapan Moto GP Malaysia

SEPANG: Juara dunia enam kali kejohanan MotoGP, Valentino Rossi daripada Pasukan Fiat Yamaha Team akan bermula dari petak hadapan dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2009 esok.

Beliau berjaya merebut petak hadapan itu setelah mencatatkan masa terpantas dalam pusingan kelayakan MotoGP Malaysia yang diadakan di Litar Sepang, di sini hari ini.

Pelumba Itali berusia 30 tahun, yang kini mengungguli tempat teratas dengan 270 mata dalam saingan kejohanan MotoGP dunia, mencatatkan masa dua minit 00.518s.

Mengekori dengan jarak 0.569s ialah pelumba sepasukannya dari Sepanyol, Jorge Lorenzo manakala Dani Pedrosa daripada Pasukan Repsol Honda di tempat ketiga dengan masa 2:01.254s. BERNAMA

Artikel Lain