suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skuad menembak Sukan Sea teruskan latihan sepanjang Ramadan

LANGKAWI: Skuad menembak kebangsaan meneruskan latihan pusat walaupun dalam bulan Ramadan di lapang sasar menembak antarabangsa Langkawi (Lisram) di sini sebagai persiapan menghadapi beberapa kejohanan termasuk Sukan Sea di Laos hujung tahun ini. Jurulatih kebangsaan Mohd Hashim Desa berkata 16 penembak pistol dan rifel sedang menjalani latihan yang dijadual berakhir 6 Sept ini.

Katanya latihan itu juga untuk memantapkan persiapan bagi menyertai kejohanan jemputan Islamic Games Tehran pada Oktober ini.

"Kejohanan itu dapat memberi pendedahan sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea Disember ini, sekaligus mengulangi kejayaan meraih tiga emas pada Sukan Sea di Thailand dua tahun lepas," kata Mohd Hashim.

Antara yang mengikuti latihan itu ialah penembak yang menyertai Sukan Olimpik di China tahun lepas, Hasli Izwan Amir Hamzah. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain