suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

F1: Fairuz ikuti program orientasi F1 di UK minggu lepas

KUALA LUMPUR: Impian pelumba negara Fairuz Fauzy untuk menyertai perlumbaan Formula Satu (F1), masih segar apabila dipilih mengikuti program orientasi F1 selama dua hari di United Kingdom, Isnin lepas.

Pemilihan Fairuz pada program orientasi F1 anjuran Pasukan ING Renault F1 di kilangnya di Enstone, Oxfordshire, United Kingdom, adalah ekoran kejayaan pelumba itu menjadi naib juara pada perlumbaan Formula Renault Siri 3.5 di Silverstone baru-baru ini.

Dengan dua kejayaan podium, selepas merangkul kejuaraan pertama di Hungary, minggu lepas, Fairuz kini menduduki tangga keenam di kalangan 23 pelumba dengan pasukannya MOFAZ Fortec di tempat kelima kategori pasukan.

Formula Renault Siri 3.5 merupakan perlumbaan rangkaian terakhir untuk pelumba membuat penampilan dalam F1.

Pada penghujung musim Renault Siri 3.5, juara siri itu diberi peluang mengikuti ujian pemandu bersama pasukan ING Renault F1 sama seperti bekas juara Robert Kubica, Alex Danielsson, Alvaro Parente dan Giedo Van der Garde. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain