suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MU tiba, ratusan peminat berbaju merah banjiri KLIA

SEBAHAGIAN daripada peminat Manchester United melambai ke arah pemain-pemain pasukan itu yang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang untuk menuju ibu negara kira-kira 11.30 pagi tadi. - fotoTHE STAR oleh S.S.KANESAN

SEPANG: Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United (MU) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)kira-kira pukul 11.30 pagi tadi dengan disambut oleh peminat-peminat mereka yang datang berbaju merah.

Ratusan peminat MU berkumpul di hadapan Kompleks Bunga Raya, KLIA bagi melihat pemain-pemain kegemaran mereka yang diketuai oleh pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson.

Terdapat juga sekumpulan peminat yang datang dari Thailand.

Para peminat yang menjerit dan melambai-lambai ternyata hampa apabila pasukan Red Devil itu segera meninggalkan KLIA untuk ke Hotel Mandarin Oriental di sini kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Sesi bertemu peminat akan diadakan di hotel tersebut pada pukul 2.30 petang dan pasukan MU akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil selepas itu untuk menjalani sesi latihan pada pukul 5.30 petang.

MU yang sedang dalam siri jelajah Asia mereka akan menemui pasukan pilihan Malaysia pukul 5.30 petang esok.

Artikel Sebelum

United tewaskan Malaysia 3-2

Artikel Lain