suria

Selangor belasah K.Muda Naza, kukuh kedudukan peneraju liga

KUALA LUMPUR: Peneraju Liga Super Selangor membelasah Kuala Muda Naza 41 untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam liga, manakala saingan utamanya Perlis, seri dengan Perak.

Walaupun bermain di gelanggang lawan di Stadium Shah Alam, penyerang Kuala Muda Naza Akmal Rizal Ahmad Rakhli berupaya mengejutkan lawan dengan jaringan pertama pada minit ke-23.

Selangor bagaimanapun dihadiahkan dengan gol percuma selepas pemain pertahanan Kuala Muda Naza B. Rajinikandh menjaringkan gol sendiri pada minit ke-55, dan ia diikuti dengan tiga lagi gol jaringan Khairul Anuar Baharum (minit ke-70), kapten Mohd Amri Yahyah (ke-80), dan Mohd Asraruddin Putra Omar (ke-88).

Dengan kemenangan itu Selangor di bawah kendalian jurulatih K.Devan kini memperolehi 57 mata, empat mata di hadapan pesaing utamanya Perlis yang mengumpul 53 mata, selepas seri 1-1 dengan Perak dalam perlawanan di Stadium Perak, Ipoh.

Dalam perlawanan itu pemain Perak Mohd Syazwan Roslan menjaringkan gol pada minit ke-31 sebelum Perlis memperolehi gol penyamaan menerusi Nizaruddin Yusof (minit ke73). BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER

Artikel Lain